zcity logo

Blog

Bayar Bil Pun Boleh Dapat DISKAUN & REWARDS?? Mudah je, Inilah Caranya!

‘Misi’ untuk membuat pembayaran bil pada setiap bulan memang nampak agak mudah, namun ia kerap menjadi satu masalah buat individu yang perlu menanggungnya.

Selain sering terlepas tarikh akhir pembayaran bil, antara isu lain yang biasanya timbul dalam kalangan pembayar bil adalah kurangnya peluang untuk meraih diskaun, potongan atau bahkan ganjaran selepas melangsaikan komitmen hakiki berkenaan.

Sudah tentu, ramai dalam kalangan kita akan berasa lebih teruja seandainya boleh menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran tambahan. Dibandingkan pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini, kita pastinya sedaya upaya ingin cuba mendapatkan penjimatan, termasuklah untuk pembayaran bil.

Bayar bil secara online di Aplikasi terbaik ZCITY untuk DISKAUN & GANJARAN

ZCITY, The Lord Musang King, movie, local movie, support local movie, collaboration

Pembayaran bil secara online atau dalam talian mampu mempercepat dan memudahkan urusan pengguna terutama dalam mendepani kesibukan gaya hidup pada hari ini. Dengan kepelbagaian platform dan sistem pembayaran elektronik yang dibangunkan baik syarikat tempatan mahupun luar negara, ia memberi pilihan kepada pengguna untuk mencari gerbang e-pembayaran terbaik bagi bil bulanan mereka.

Namun apa yang pasti, tidak semua platform digital dan sistem pembayaran elektronik ada menawarkan ganjaran, baik dari segi diskaun ataupun manfaat menarik buat pengguna terutamanya untuk pembayaran bil.

Justeru itu, anda disarankan untuk menjadi pengguna bijak dengan memilih platform yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa anda.

Diskaun KAW-KAW untuk bil anda dengan aplikasi ZCITY!

Di ZCITY, kami memahami bahawa pengguna tentunya akan lebih gembira dan teruja apabila dapat melunaskan bil di samping menerima DISKAUN + GANJARAN.

Disebabkan itulah, hampir setiap bulan ZCITY yang terkenal sebagai Rewards on Rewards App menawarkan promosi-promosi terbaik bagi membantu pengguna mendapatkan penjimatan buat pembayaran bil mereka.

Promosi hebat November!

Misalnya, pada bulan November ini, ZCITY ada menawarkan potongan sebanyak RM3 atau sehingga 5% untuk pembayaran bil air dan juga elektrik.

Cara untuk mendapatkan Diskaun ini sangat mudah! Pengguna hanya perlu memasukkan KOD PROMO yang ada dipaparkan pada banner Aplikasi ZCITY untuk pembayaran bil.

Selain daripada Diskaun, pengguna secara tidak langsung layak untuk menerima ganjaran berbentuk ZCOINS yang pada akhirnya boleh digunakan untuk pembayaran bil berikutnya atau bahkan juga pembelian baucar atau produk lain, contohnya dalam Zstore.

Bukan bil air dan elektrik sahaja!

Lebih menarik, boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan daripada bil-bil bulanan anda boleh dibayar menerusi aplikasi ZCITY.

ZCITY tidak hanya menumpukan kepada pembayaran bil air dan elektrik semata-mata. Pengguna aplikasi ini turut boleh memantapkan lagi pengalaman pembayaran bil secara online di ZCITY dengan membayar bil-bil lain iaitu:

1. Astro

2.Bil Internet Postpaid – XOX, redone, U Mobile, Yes, DIGI dan Celcom

3.Saman Perbandaran; dan banyak lagi!

Untuk setiap bil yang dibayar, pengguna layak untuk mendapatkan ganjaran ZCOINS dan mungkin juga tawaran Diskaun, Rebat, Baucar atau Pulangan Tunai.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi ZCITY hari ini untuk peluang terima lebih banyak diskaun dan juga ganjaran!

Ikuti media sosial ZCITY untuk maklumat terkini: