Gerbang e-Pembayaran terbaik, Aplikasi ZCITY menjanjikan pengalaman yang terunggul dan istimewa buat para pengguna. Daripada kemudahan untuk pembayaran bil air, elektrik atau bahkan saman dan juga internet, aplikasi ini turut membantu pengguna mendapatkan penjimatan menerusi pakej Rahmah yang sudah tentunya luar biasa, dan lain daripada yang lain!
Aplikasi ZCITY bukan satu aplikasi dalam telefon mudah alih anda yang perlu dibuka hanya sekali sekala sahaja. Bahkan, ia mungkin antara aplikasi ‘favourite’ dan layak mendapat ‘perhatian’ pada setiap hari dalam memastikan anda boleh memperoleh penjimatan berganda dan juga keriangan ketika membeli-belah.
Menjadi ahli ZCITY bermakna anda membuka ruang kepada diri anda untuk menguruskan kewangan dan berbelanja dengan lebih bijak.
Dengan hanya satu ‘tap’ pada icon Zstore di aplikasi ZCITY, anda bakal rambang mata melihat pelbagai tawaran pakej menarik yang disediakan pada harga yang sememangnya berbaloi dan menguntungkan.
Pernah dengar mengenai Inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya bagi membantu golongan B40 yang mungkin terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini? Menyahut seruan Kerajaan, Zstore membangunkan satu strategi terbaik malah unik dengan penawaran pelbagai pakej Rahmah, yang bukan sahaja menyediakan pilihan untuk pembelian makanan atau minuman, bahkan juga perkara-perkara lain termasuklah:
- Tambah nilai Touch ‘n Go atau Boost eWallet
- Baucar pembayaran bil
- Baucar isian petrol
- Baucar Grab atau Foodpanda; dan banyak lagi
Mudah kata, ia boleh diibaratkan sebagai 5 in 1 package atau bahkan mungkin 7 in 1 package, yang anda sebagai pengguna boleh pilih, campur dan padankan mengikut keperluan serta kehendak anda dengan tawaran harga yang sangat murah.
Bayangkan dengan hanya membayar RM100 untuk 1 pakej Rahmah contohnya, anda sudah boleh mendapat:
1. PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go atau Boost eWallet bernilai RM30
2. Baucar pembayaran bil/ Baucar isian Petrol Shell/ Baucar Grab Ride bernilai RM20
3. Baucar pembelian makanan dan minuman terpilih bernilai RM10
4. Baucar makanan terpilih/ Foodpanda/ Grab Food bernilai RM20
5. Zcoins bernilai RM30.00
6. Baucar ZUS Coffee bernilai RM30 (RM10 setiap 1); dan
7. Zcoupon Rahmah yang bernilai sebanyak RM2
***Sila ambil maklum bahawa produk yang termasuk dalam Pakej Rahmah adalah tertakluk kepada ketersediaan. ZCTIY berhak untuk menggantikan produk lain yang sesuai jika perlu
Bahkan apa yang lebih menguntungkan, setiap pembelian mana-mana pakej Rahmah akan diberikan sekali ganjaran Zcoins dalam jumlah tertentu, bagi membantu anda mendapatkan diskaun atau penjimatan pada pembelian yang seterusnya di Aplikasi ZCITY.
Dikenali sebagai Zmember pada versi terdahulu, Premium Store menawarkan lebih banyak faedah dan tawaran eksklusif kepada mereka yang memilih untuk mendapatkanya. Ahli Premium Store bakal menikmati rebat yang luar biasa dengan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan. Rebat inilah merupakan tiket anda untuk berjimat di samping memastikan anda mendapat tawaran terbaik setiap kali anda berbelanja.
Kebiasaannya, jumlah yang perlu anda bayar jauh lebih murah dengan manfaat serta ganjaran yang ditawarkan. Daripada pakej Bonanza ke Pakej Prime, anda boleh pilih mana satu yang anda mahu dan perlukan, dan kemudiannya membuat pembayaran untuk harga yang dinyatakan sahaja.
Daripada pakej berharga setinggi RM199 sehingga serendah RM49, anda boleh menerima:
- Tambah nilai TnG/Boost
- Baucar pembayaran bil
- e-Vouchers worth
- Food vouchers
- Zcoins
Anda mungkin tertanya-tanya apakah bezanya Premium Store dengan pakej Rahmah? Jawapannya mudah sahaja. Pakej Rahmah menawarkan pakej yang lebih murah namun tetap berbaloi untuk pengguna miliki, manakala Premium Store pula mungkin sedikit mahal, namun manfaat yang diberikan juga pastinya lebih lumayan.
Pagi anda suram apabila tidak dapat menikmati secawan kopi ZUS? Inilah petandanya anda perlu ‘tap’ jari anda ke laman ‘Tawaran Waktu Terhad’ di dalam Zstore.
Contohnya dengan hanya perlu membayar sebanyak RM150, anda sudah boleh menerima e-Baucar ZUS bernilai RM180 sekelip mata!
Usah bimbang, bukan e-Baucar ZUS sahaja yang ada, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan e-baucar Yogurt sejuk beku llaollao, tealive, Black Whale dan pelbagai lagi. Yang penting, jumlah yang perlu anda bayar bagi mendapatkan e-Baucar ini pastinya lebih murah berbanding dengan harga asal!
Kesibukan kerja boleh membuatkan ramai dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini memilih untuk mendapatkan frozen foods atau makanan sejuk beku secara dalam talian sahaja.
Di Zstore, pengguna juga boleh mendapatkan beraneka jenama dan jenis makanan sejuk beku yang ada, tanpa perlu bimbang mengenai soal kualiti produk yang sememangnya selamat.
Dengan kerjasama bersama pengeluar makanan sejuk beku terbesar di Asia, Kawan, Fisherprice, dan KG Pastry, sudah tentu ia memudahkan pengguna memilih makanan pilihan mereka di dalam satu platform sahaja.
Selain itu, pengguna juga boleh ‘tap’ atau klik ke bahagian makanan ringan sekiranya sedang mencari ‘jajan’ terbaik untuk dinikmati ketika bekerja, menonton televisyen di rumah ataupun bersembang bersama rakan!
Note: Terdapat sebahagian produk bagi jenama tertentu mengandungi kandungan tidak Halal. Jadi, sila membuat semakan dengan teliti sebelum mendapatkannya.
Baucar Makanan
Zstore juga turut menyediakan fungsi pembelian baucar makanan bagi banyak jenama hebat seperti ZUS Coffee, llao llao, Secret Recipe, KFC dan pelbagai lagi.
Dari harga serendah RM5, pengguna Zstore di aplikasi ZCITY boleh membuat pilihan mengikut cita rasa mereka di samping menikmati ganjaran berbentuk Zcoins sebaik sahaja membuat pembelian bagi baucar makanan tersebut.
Lebih tinggi nilai yang anda bayar, lebih banyak ganjaran Zcoins yang anda layak peroleh!
Produk Kesihatan enogy
Zstore juga mementingkan kesihatan anda! Disebabkan itu, kami turut menawarkan produk kesihatan terbaik daripada enogy bagi memantapkan tahap kesihatan tubuh serta mata anda.
Dengan tawaran pakej menarik berserta diskaun yang diberikan, pengguna boleh mendapatkan produk enogy terbaik secara mudah di dalam talian dan memasukkan kod promo yang ada bagi membuat pembayaran pada harga yang lebih rendah.
Di samping anda membeli, anda juga seterusnya layak untuk mendapat lebih banyak Zcoins yang mana boleh digunanakan untuk pembelian/ pembayaran berikutnya di Aplikasi ZCITY.
Muat turun aplikasi ZCITY dan jom explore Zstore untuk lihat lebih banyak tawaran
Setakat hari ini, aplikasi ZCITY telah memiliki lebih daripada 2.66 juta pengguna yang ingin memanfaatkan pengalaman membeli-belah mereka dengan cara yang lebih jimat dan menguntungkan.
Zstore, antara fungsi terbaik yang ada di aplikasi ZCITY bakal membantu anda memperoleh pelbagai pakej menarik dalam harga yang sememangnya tidak masuk akal!
Muat turun aplikasi ZCITY hari ini dan bersiap sedialah untuk explore, shopping dan enjoy ganjaran yang bakal ditawarkan!
Maklumat kempen terkini: https://zcity.io/campaign
Maklumat kempen terkini: Link
Ikuti ZCITY di media sosial untuk lebih banyak kandungan:
Blogs
Facebook
Instagram
Youtube
Tiktok
Artikel Lain
Nikmati Keseronokan Sebagai Gamer: Masuk Ke Dunia Boost Game Connect Untuk Pengalaman Terbaik!
baca lagi
7 Nov 2023
9 Petua Penting untuk Bertahan dengan Pendapatan Rendah di Lembah Klang
baca lagi
1 Oct 2023
Menyimpan Pintar: 5 Petua Belanjawan untuk Peringkat Kehidupan Berbeza dengan e-Pembayaran, Bil Utiliti dan Rebat Tunai
baca lagi
20 July 2023