zcity logo

Blog

Pesta Makan Di Rumah: Raikan Tetamu Anda Dengan Snek Enak Ini!

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve

Image Source: Freepik

Hooray! Akhirnya kita hampir sampai ke chapter penamat bagi tahun 2023, dan ini bermakna, musim akhir tahun yang paling dinanti-nantikan telah tiba! Pastinya ramai dalam kalangan kita yang dah merancang untuk raikannya bersama yang tersayang, kan? Opss! Apa kata kali ini, anda jadi ‘tuan rumah’ dan adakan parti kecil-kecilan bersama insan terdekat anda.

Ya! Di sana sini kita dah dapat rasakan semangat dan keterujaan rakyat Malaysia untuk meraikan musim yang penuh dengan gelak tawa dan keseronokan ini. Dan sudah pasti, ini juga adalah waktu yang tepat untuk anda menyajikan ahli keluarga serta rakan-rakan anda dengan snek makanan ringan yang lazat dan hebat di rumah anda sendiri.

Whoa, kejap! Jika anda bimbang tentang snek makanan ringan apakah yang boleh disajikan kepada tetamu kesayangan anda nanti, jangan risau—kami di sini untuk membantu anda! Inilah masanya untuk menukar pilihan makanan ringan daripada "meh" kepada "yeah"! dan seterusnya memberikan kepuasan buat tetamu anda.

Secucuk Sate, Secuit Keriangan!

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve

Image Source: Freepik

Hey! Rakyat Malaysia dan sate ibarat kawan baik, kan? Sama ada tetamu anda nanti seorang kanak-kanak comel, ataupun mungkin orang dewasa yang kian meningkat usianya (opsss!), makanan ringan ini sudah tentu boleh membuatkan tetamu anda berasa gembira! Apa yang lebih menyeronokkan, anda sebagai tuan rumah boleh membeli sajian ini dari harga serendah RM0.70 (mungkin sukar sikitlah untuk dicari) sehingga RM2.00 secucuk. Jadi, sementara anda bersenang-lenang menonton Netflix di rumah, anda hanya perlu menunggu ketukan pintu dari Abang Grab sahaja untuk menghantar sate ini ke rumah anda.

Sebenarnya, mudah je untuk membuatkan tetamu anda berasa lebih gembira menerusi sajian makanan ringan, sate. Tambahkan lagi keterujaan mereka untuk menikmati makanan enak ini dengan mencampurkan beberapa pilihan perisa sate buat tetamu anda, contohnya ayam, kambing, arnab dan daging! Ouh ya, jangan lupa beli juga nasi impit untuk tambahkan lagi keenakannya, ya!

“Aik, kita nak sambut Raya Aidilfitri ke ni?” Nope! Siapa kata sate sesuai untuk hari raya je; makanan ini boleh dijamu pada mana-mana perayaan sekalipun termasuklah Hari Natal dan juga Tahun Baru. Rata-rata orang Malaysia sendiri menggemari sate, jadi kenapa tidak anda menjamunya bila-bila masa yang anda mahu!

Nuget Ayam untuk Tetamu Kecil Anda!

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve

Image Source: Freepik

Eh, ini bukan bermakna ada seorang tuan rumah yang malas tau, tapi anda sekadar ingin mengambil langkah yang bijak sahaja! Pernah terfikir tak, “Macam mana kalau kanak-kanak yang datang nanti tak boleh makan sate?” Haa, jangan risau! Nuget ayam ada untuk selamatkan parti anda (tapi, anda saji jugalah sate untuk dijamukan kepada tetamu lain, ya).

Makanan sejuk beku ini sudah tentu boleh jadi ‘penceria’ di meja makan anda nanti. Nak nampak lebih meriah? Tambahkan sekali kentang goreng serta kepak ayam dan, bam! tetamu anda terutamanya si kecil pastinya akan menari keriangan.

Snek makanan ringan ini akan membuatkan tugas anda sebagai tuan rumah terasa lebih mudah dan kurang melelahkan. Dan yang pasti, anda akan terkejut tatkala melihat bagaimana seketul nuget boleh membuatkan kanak-kanak di rumah anda rasa seronok dan teruja berada di dalam parti itu nanti!

Coklat dan Buah – Masa untuk Upgrade Snek Tetamu Anda!

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve

Image Source: Freepik

Whoa, kejap – apa yang boleh membuatkan sajian makanan ringan di meja makan anda kelihatan lebih eksklusif dan mewah? Sudah tentulah dengan ledakan coklat bersama buah-buahan. Jom buatkan tetamu anda rasa lebih dihargai dengan menghidangkan aneka jenis coklat bersama buah-buahan yang enak.

Tips tambahan: Sila pastikan anda mencari padanan yang sesuai untuk coklat dan buah-buah anda tu ya. Contohnya, buah durian atau oren mungkin tidak diperlukan di meja makan nanti!

Ouh ya, dah nama pun parti, jadi apa kata kita tambah lagi keseronokan dengan perhiasan kreatif yang boleh anda buat pada snek buah-buahan dan coklat tersebut. Anda Google sahaja beberapa idea mudah dan kreatif boleh anda lakukan. Pastinya tetamu anda terutama si anak kecil rasa lebih terpukau dan seronok!

‘Vibe’ kan Lagi Party Anda Dengan Hidangan Piza

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve

Image Source: Freepik

Cuba teka apa yang akan membuatkan meja makan anda nanti kelihatan lebih meriah? Sudah tentulah Piza! Snek makanan ringan yang nipis dan dilimpahi dengan rasa keju serta pelbagai topping enak seperti sosej, nenas dan cendawan ini pastinya boleh jadi antara makanan ringan terbaik untuk dihidangkan kepada para tetamu anda.

Jangan risau, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan keenakan sekeping piza. Bayangkan pula jika ia ditambah sekali dengan garlic bread dan sup cendawan, boom! Confirm tetamu anda request untuk anda adakan lagi party pada tahun depan!

Eh, Karipap Jangan Dilupakan!

new year party, Christmas party, popular snacks, top snacks, free foods, new year eve, Kari Puff Abe Yus, curry puff, abe yus, karipap abe yus, karipap Malaysia, Karipap

Sumber Imej: Google

Cuba teka, apakah kuih kegemaran ramai rakyat Malaysia? Jawapannya sudah tentulah kari puff, atau yang biasa kita panggil sebagai karipap. Tapi sekejap, kita semua tahu bahawa untuk membuat kuih ini agak leceh, kan? Jadi jangan risau, kita ada cara yang paling mudah untuk dapatkannya dan hidangkan kepada tetamu anda nanti – order je lah!

Tapi, tak mungkinlah kita nak order ‘karipap angin’ atau karipap tanpa rasa yang sedap, kan? Jadi, apa kata anda pesan sahaja Kari Puff Abe Yus untuk parti anda itu nanti! Cuba bayangkan, karipap yang enak dihantar ke pintu rumah anda. Dengan dua perisa popular untuk dipilih iaitu karipap kari ayam atau karipap tom yam, sudah pasti ia akan membuatkan tetamu anda menari keriangan, sambil memikirkan di manakah anda jumpa karipap yang unik dan sedap ini.

Dan jaga-jaga ya! Kuih berwarna coklat keemasan ini bukan karipap yang sudah anda biasa nikmati sebelum ini; karipap Abe Yus datang dengan saiz yang dua kali ganda besar dan inti yang enak dengan isian telur rebus! Ya, dengan setiap gigitan karipap Abe Yus ini, tetamu anda pastinya akan rasa berpuas hati dan kekenyangan. Tak perlu stres, anda pesan sahaja Kari Puff Abe Yus ini secara dalam talian, dan dalam beberapa ketika sahaja, ia siap untuk dihidangkan kepada tetamu terhormat anda. Kami pasti, tetamu anda pasti akan menikmatinya sambil cuba mencari jawapan di manakah mereka pernah merasai karipap seperti ini!

Maklumat kempen terkini: Link

Ikuti ZCITY di media sosial untuk lebih banyak kandungan: